JALAN-JALAN
Norhaslina Ibrahim
Norhaslina Ibrahim
Hari ini saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan dan anda yang mengenali saya secara langsung atau secara tidak langsung. Bulan Februari 09 sebenarnya mencetuskan suatu perasaan betapa pentingnya untuk menghargai setiap saat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada diri ini. Bukan sahaja berfikir untuk diri sendiri tetapi juga berfikir untuk diri insan-insan di sekeliling saya tidak kira rapat atau biasa-biasa sahaja.
Setelah penat bekerja siang dan malam, tibalah saatnya aku (terasa lebih mesra) berpeluang bercuti bersama rakan-rakan yang lain untuk ke Jakarta dan Bandung. Tetapi percutian kali ini aku agak terkilan apabila rakan sekolah aku telah pergi menemui illahi dalam usia yang masih muda kerana penyakit kanser payudara. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku terkilan, sebenarnya aku telah mendapat khabar tentang arwah telah dimasukkan ke hospital seminggu sebelum aku ke Jakarta tetapi oleh kerana kesibukan kerja yang perlu disiapkan sebelum bercuti aku tidak berkesempatan untuk melawatnya. Aku dan teman2 yang lain merancang untuk melawat arwah sebaik sahaja kami pulang dari Jakarta tetapi ternyata Allah lebih menyayangi arwah. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Suziana Binti Abd Majid (1982-2009) Amin.
Alhamdulillah percutian aku selamat pergi dan pulang ke tanah air. Sebenarnya, percutian kali ini membuatkan aku banyak berfikir tentang kehidupan. Aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku kehidupan yang lebih baik berbanding orang lain. Melihat kehidupan penduduk di Indonesia yang ramai dan padat membuatkan mereka sentiasa bersaing sesama mereka, menghasilkan barangan yang cukup kreatif dan pelbagai jenis makanan yang memang sedap macam pisang keju, brownies, keropok pelbagai perisa. Yang paling aku suker skali makanan dan minuman memang best dan murah contohnya jus sirsak(soursop) memang pure buah beb bukan ma
cam kat malaysia ni air je lebih buahnyer berapa kerat jer. Boleh kata semua air jus dia memang pure buah. Kawan aku sampai beli bawa balik jus minum kat hotel beb sebab tak puas minum kat restoran. Bila
fikir balik naper kat tempat kita tak leh uat macam ni, sebab kita ni tak cukup bekalan buah-buahan. Kalau peladang buah kat sini, cukup la tanam setakat pulang modal untung sikit. Then, bila rugi sikit contoh pokok kena penyakit ker malas nak buat lagi. Buat lak bisnes lain. So, bekalan buah-buahan ni tak berterusan, tak dapat la minum jus pure buah. Maaf la kalau ada peladang yang marah, tapi kita punya will power tu agak kurang sikit berbanding penduduk Indonesia. Mungkin sebab kehidupan kita agak selesa tapi Dorang kena buat jugak walau dengan apa cara sekalipun, sebab kalau tak buat hidup melarat dan takde makan la.
cam kat malaysia ni air je lebih buahnyer berapa kerat jer. Boleh kata semua air jus dia memang pure buah. Kawan aku sampai beli bawa balik jus minum kat hotel beb sebab tak puas minum kat restoran. Bila
fikir balik naper kat tempat kita tak leh uat macam ni, sebab kita ni tak cukup bekalan buah-buahan. Kalau peladang buah kat sini, cukup la tanam setakat pulang modal untung sikit. Then, bila rugi sikit contoh pokok kena penyakit ker malas nak buat lagi. Buat lak bisnes lain. So, bekalan buah-buahan ni tak berterusan, tak dapat la minum jus pure buah. Maaf la kalau ada peladang yang marah, tapi kita punya will power tu agak kurang sikit berbanding penduduk Indonesia. Mungkin sebab kehidupan kita agak selesa tapi Dorang kena buat jugak walau dengan apa cara sekalipun, sebab kalau tak buat hidup melarat dan takde makan la.Aku suka melancong dan yang pastinya setiap tahun aku akan bercuti ke Indonesia. Kalau tak percaya boleh tgk dalam pasport aku... Jakarta, Bandung, dan Bali memang destinasi yang aku tuju setiap tahun bermula dari tahun 2003. Kalau pegi sana terasa lah diri macam org kaya sikit sebab bawa duit juta2 beb tapi setiap kali pegi duit memang tak pernah cukup. Paling penting, kalau pegi sana mesti kena uat spa. Memang murah giler dan servis spa dia memang first class spa kat Malaysia yang harganya memang cecah ratus ke ribu. Tapi kat sana korang cuma bayar tak sampai RM100 pun. Tak percaya boleh la cuba yer.
.jpg)
Aku suker pegi ke Pulau Dewata atau korang lebih kenali dengan nama Bali. Kat sana kehidupan org2 dia memang aku respek habis sebab setiap yang dorang buat mesti ada tujuan dan bukan setakat suka2 nak buat macam kita kat Malaysia ni. Kalau berjalan-jalan kat sini selamat je tak payah nak takut2 ada perompak atau pencopet. Sebab dorang punya undang2, kalau uat jahat dihukum terus masa tu gak takde masa nak bawa pegi balai polis ngan mahkhamah. Contohnyer, kalau mencuri, memang kena belasah sampai mati kat situ gak. Sebab tu rakyat dia tak berani mencuri atau buat jahat. Lagi satu, pelancongan adalah aset atau mata pencarian dorang. Kalau pelancong takut datang kat sana, abislah takder pekerjaan la dorang tu.
Tahun 2007, aku berpeluang pergi ke Berlin selama 7 hari. Wow... memang best giler pegi sana. Kalau nak tahu pasal cite Berlin, teruskan bersama blog aku next week........
Wah.. seronoknye melancong...
ReplyDeletenox...yg kite gi melawat dulu tu ek???? innalillahiwainnailaihirajiun.....
ReplyDeletenukilan ko ni mcm nk d'terbitkn kt ruang majalah wanita je nox..susunan ayat sungguh protokol.. a'ah lh lupa lak aku.ko kn amik penulisan...
anne,lain kali kalu b'cuti ajak anip@hans tu.. yelh, kang dia dok b'umah kt airpot lg...